Ahad, 18 Ogos 2013

Bahasa dulu dan kini

Sebut saja berkenaan bahasa di dunia ini dah bermacam-macam bunyi yang kita dengar,tulisan itu ini,bentuk besar bengkok dan sebagainya. Ada pelbagai andaian daripada setiap insan yang mengatakan bahasa adalah itulah,inilah sampai siap boleh buat ranking tersendiri lagi untuk keselesaan masing-masing.Bahasa boleh di spesifikasi sebagai nada,perkataan,ucapan dan banyak lagilah daripada rujukan DBP Malaysia..haha.

Oleh yang sedekemian saya ingin mengulas sedikit sahaja berkenaan dalam hal ini,tak banyak pun,sikit saja..hehe.Yela,manakan tidak ilmu tentang Bahasa ini cetek sangat dan berada di luar bidang saya.Saya akan ulaskan perkara-perkara yang ringkas saja seperti penggunaan,kesan,kekuatan dan keunikan.Senang cerita,saya nak ulaskan tentang pemerhatian saya hanya di dalam negara Malaysia saja,malas nak melibatkan negara-negara luar sebab negara sendiri pun dah ada pelbagai bahasa.

Bahasa rasmi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu seperti yang dah sedia anda tahu.Bahasa Melayu memang bahasa rasmi negara Malaysia sebab negara ini mempunyai kedaulatan Raja-Raja dan telah ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia,tahun ke berapa pun saya sendiri pun tidak tahu.Penggunaan Bahasa Melayu ini memang meluas,maklumlah dah menjadi subjek wajib dalam pembelajaran institusi pendidikan Malaysia.Itu pun disebabkan belajar di sekolah,kalau tak,entah apa-apa bahasa yang keluar daripada mulut kita sendiri.Bila orang cakap dia ikut,betul ke tidak pun dia tak tahu,siapalah dia tu kan?kan?..

Bahasa Melayu memang indah kalau kita hayatinya secara mendalam.Pada zaman sekarang ni,ramai yang dah lupa atau buat-buat lupa seni bahasa itu sendiri,disebabkan tu banyaklah daripada belia dan dewasa sekarang mencampurkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris atau English.Memang susah kita nak lihat individu yang masih mengekalkan tradisi Melayu tu sendiri.Paling mudah kita lihat golongan yang giat mengekalkan tradisi Melayu itu sendiri ialah artis rapper Malaysia seperti Malique atau pun Altimet.Cuba kita perhatikan bahasa lirik yang mereka gunakan,kebanyakkan bahasa yang jarang kita dengar atau kita gunakan dalam kehidupan seharian.Memang bagus usaha mereka walaupun ada sesetengah rentak lagu tu ada yang entah apa-apa.Betul tak?


Kekuatan Bahasa Melayu semakin lama semakin berkurang seperti pasir yang menurun di dalam jam pasir,haha.Walaupun saya tak la setua mana atau tidaklah semuda mana tetapi saya sendiri dan juga anda dah boleh rasakan keadaan sekeliling kita macam mana.Pada suatu ketika dahulu Melayu adalah berkuasa tetapi sekarang hanya tinggal nama sahaja.Kalau dulu pemerintah mendaulatkan Melayu tetapi sekarang hanya kegunaan rasmi sahaja.Bukan senang nak mempertahankan kekuatan sesuatu bahasa nescaya kita sendiri yang tidak mempertahankannya.Adakah kita yang bersalah?anda?saya?tepuk dada tanyalah selera,haha.

Kita sedar negara kita adalah negara membangun dan disebabkan itu kita akur dengan kekuatan bahasa luar kalau tidak negara kita tidak akan dapat dilihat sesiapa pun daripada pihak luar.Kalau nak bandingkan negara Malaysia dengan Jerman/Perancis/Jepun/Russia memang jauh berbeza umpama merekalah pokok durian dan kitalah pokok nenas.Apa-apa pun memang susah nak menaikkan semula martabat sesuatu bahasa,manakan tidak,disebalik kemerdekaan disitu ada satu perjanjian.Itulah yang terpaksa kita terima demi memperolehi kemerdekaan suatu ketika dulu.

Rasanya dah banyak saya ulaskan atau coletehkan bab Bahasa Melayu ini,hahaha.Nak suruh saya ceritakan Bahasa Inggeris?nak ke?.Baiklah,Bahasa Inggeris atau English Language yang kita gunakan pada hari ini ialah United Kingdom Standard,pendek kata UK English.Inilah jenis inggeris yang kita gunakan dalam pendidikan kita hari ini,sejak perolehi kemerdekaan 1957 dulu.Anda sudah sedia maklum bahasa ini dah menjadi keutamaan negara Malaysia,maklumlah,dah jadi bahasa rasmi internasional.Kiranya,dah boleh di anggap penting bagi komunikasi peringkat global hari ini.

Bahasa inggeris yang kita guna dalam pendidikan tak sama dengan filem-filem yang biasa kita tengok tu,sebab itu Amerika dan bukan England...haha.Orang kata la,bukan saya ya,UK ini lebih teratur,sopan dan betul-betul asli daripada yang lain.Entah apa sebab aku pun tak tahu sampai la ke hari ini.Kesan pada negara kita,rasanya dah meluas,manakan tidak,kanak-kanak pun dah faham bahasa ini.Hebat tak bahasa ini?mestilah hebatkan,yelah,kalau kita tahu bahasa ini,senanglah kita nak komunikasi dengan pelancong tak pun nak kerja nanti.Ada orang kata bahasa ini,adalah bahasa penjajah sebab inggeris kan pernah jajah Tanah Melayu suatu ketika dulu lepas tu suruh kita guna sampai kiamat,yeke?..haha.Saya pun tak beberapa pasti,tambah pula bahasa ini sudah menjadi bahasa penting dalam institusi pendidikan awam atau swasta Malaysia kecuali Universiti Kebangsaan Malaysia itupun separuh saja.Tengok tu,punyalah kuat bahasa inggeris sampai Bahasa Melayu tak dipandang lagi,kesian Bahasa Melayu kan.

Apa-apa pun ianya dah menjadi kebiasaan bagi pelajar dan pengajar sebab sudah terbiasa daripada zaman penjajah lagi.Kalau tidak mahu guna bahasa inggeris ni,orang kata kita akan tertinggal.Jadi,disebabkan kita nak memajukan diri,terpaksalah kita akur dengan sistem pendidikan Malaysia hari ini.

Rasanya dah banyak sangat perkara di ulaskan,padahal baru dua bahasa,belum lagi empat ke sepuluh bahasa.Pening nak menulis,lagi pening nak membaca kan?hahaha.Tidak kira sekalipun inilah salah satu perkara nak saya ulaskan daripada dulu lagi.Terima kasih dan ampun maaf.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Pendatang Baru

Pendatang baru?...siapa pendatang baru tu...hehe,haha...siapa lagi,saya la cik puan tuan.Saya lah yang di katakan pendatang baru atas sebab...sekian3...haha...sebab sebenarnya ialah saya adalah pendatang baru dalam dunia blogger ini semua.Maklumlah,masih baru jadi masih boleh di gelar newbie/beginner..Jadi,saya ingin mohon maaf jika ada salah silap.

Saya tak tahu apa sebab saya mula tertarik nak mulakan penulisan blog ini,memang betul-betul tak tahu..haha,adakah disebabkan trend?atau paksaan?...sama sekali tidak ya.Bila tengok diri dan tanya pada hati,kemungkinan ini disebabkan ingin meluahkan sesuatu kepada pembaca. Berkongsikan pendapat,idea,cadangan dan sebagainya.Maklumlah,dah mula membuahkan fikiran sebab selama ini hanya melihat dan berangan saja..kah3.Itulah di sebaliknya kemunculan Sinaran Minda ini...dan atas makluman semua,segala bahasa penulisan blog ini saya terbitkan/olahkan dalam Bahasa Melayu biasa.Jadi,dengan segala harapan,segala catatan dapat anda fahami dalam keadaan tenang ya...hehehe.
Assalammualaikum.w.b.t,

Selamat datang!..Anda di alu-alukan membaca,memikir,melihat apa yang patut kiri kanan atas bawah depan belakang segala catatan di dalam blog ini. Buatlah semua sampai anda sendiri yang pening ya..hehehe..bila dah pening relax brother,brother relax..k. Apa-apa pun terima kasih atas kesudian anda yang sudi melawat blog yang serba-serbi ini seperti baju tak siap lagi. Hahaha..